Program Murid Fasih Digital Sksl Bersama Nadi @ Advokasi Cakna Website, Jangan Klik

17 Julai 2024 | Aktiviti Terkini

16 Julai 2024 - Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Sungai Lui telah mengikuti jemputan daripada Sekolah Kebangsaan Sungau Lui (SKSL) ke Program Program Murid Fasih Digital SKSL bersama NADI dimana dua daripada petugas NADI Kluster Jempol Utara iaitu Pengurus NADI Felda Pasoh 2 dan NADI Felda Sungai Lui telah menyampaikan pengisian tentang Kenali NADI yang disampaikan oleh Pengurus NADI Felda Sungai Lui dan Advokasi tentang Cakna Website, Jangan Klik yang disampaikan oleh Pengurus NADI Felda Sungai Lui.

Program dihadiri seramai 97 orang murid – murid Sekolah Kebangsaan Sungai Lui (SKSL). Antara aktiviti yang dijalankan selain penyampaian ceramah Klik Dengan Bijak (KDB) , permainan dadu bertuah dan teka sukukata Klik Dengan Bijak bermula jam 9.00 pagi sehingga 11.00 pagi.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali